500 buah motosikal berkuasa tinggi sertai konvoi 'Sembilu Kasih'

Posted on

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM) berjaya menghimpunkan 500 buah motosikal berkuasa tinggi bagi menjayakan program Ride Sembilu Kasih ke Tadom Hill Resort, Dengkil pada Sabtu.

Presiden PVTM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, program itu diadakan bagi mengeratkan hubungan semua ahli termasuk selebriti selain mendekatkan diri dengan masyarakat selain membuat amal kepada pihak memerlukan.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama PVTM mengadakan aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi kerana kami melihat program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara persatuan dan selebriti.

“Menerusi program ini juga, artis yang menyertai kami juga berpeluang bertemu peminat selain berkongsi pengalaman dengan bikers yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *