500 buah motosikal berkuasa tinggi sertai konvoi 'Sembilu Kasih'

Posted on

Awie dan Erra Fazira turut menyertai konvoi berkenaan.

“Alhamdulillah kali ini kami berjaya menghimpunkan 500 buah motosikal berkuasa tinggi bersempena Ride Sembilu Kasih,” katanya.

Pelakon Erra Fazira dan pasangannya dalam filem Sembilu, Datuk Awie turut menyertai rombongan tersebut selain pengarahnya, Datuk Yusof Haslam.

Selain itu tiga kelab motosikal berkuasa tinggi, kumpulan Moto Brotherhood, Singapore Bikers dan Wings Society Bikers turut memeriahkan konvoi berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Ibrahim Abdul Rahman turut menyertai program tersebut.

Aktiviti berkonvoi mengeratkan hubungan di antara artis dan masyarakat.

Perjalanan mereka dari pejabat Perbadanan Kemajuan Perfileman Nasional (Finas) ke Dengkil turut diiringi oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Jurey berkata, pihaknya sempat menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM3,000 kepada tiga rumah anak yatim di Dengkil bagi membantu meringkan beban mereka.

Selain itu, mereka turut menjemput 50 kanak-kanak kurang bernasib baik menyertai mereka pada aktiviti yang diadakan di Tadom Hill Resort.

Sementara itu, Jurey berkata, PVTM akan mengadakan lebih banyak aktiviti seumpama itu dengan melibatkan lebih ramai penggiat seni pada masa hadapan.

MStar