5,000 Peminat Banjiri Kenduri Fattah Amin & Fazura

Posted on

Pasangan pengantin, Fattah Amin dan Nur Fazura memilih busana tradisional pada majlis persandingan mereka pada Ahad. Foto Instagram @muhammadzameer & @rekateemor

SHAH ALAM: Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis kenduri pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura yang diadakan khas untuk peminat mereka di Royale Palace di sini pada Ahad.

Peminat setia pasangan itu mula membanjiri lokasi majlis sejak pukul 1 petang dan kehadiran mereka tidak putus-putus sejak itu sehingga majlis selesai pada pulul 4 petang tadi.

Pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini mengadakan majlis kenduri itu sebagai mengotakan janji untuk meraikan hari bahagia mereka bersama peminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *