5,000 Peminat Banjiri Kenduri Fattah Amin & Fazura

Posted on

Pasangan pengantin bersanding di atas pelamin indah rekaan rekateemor.

Rata-rata tetamu yang hadir mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis popular antaranya Khai Bahar, Bob Yusuf dan Fazli Zainal.

Lebih istimewa, pasangan ini sempat mendendangkan lagu duet mereka berjudul Cinderella di hadapan ribuan peminat yang hadir.

Peminat memenuhi ruang dewan bagi melihat pasangan pengantin dari dekat.

Fattah, 27, dan Fazura, 34 telah selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

Pada 25 Februari lalu, sebuah majlis resepsi bertemakan ‘fairytale’ turut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, khusus untuk anggota keluarga dan rakan terdekat.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin , Fazura

MStar