[6 GAMBAR & VIDEO] Nafi Terlalu Seksi, Kilafairy Rimas Dilabel Sebagai ‘Simbol S3ks’

Posted on

Imej pelakon Kilafairy sering mendapat perhatian ramai sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai simbol seks Malaysia. Merasakan dirinya tidak terlalu seksi dalam berpakaian sehingga mendedahkan tubuh badah, Kilafairy akui rimas apabila dianggap sedemikian. Buat beliau, seksi adalah satu perkara yang subjektif dan perkara itu seharusnya tidak perlu dipandang negatif.

Meskipun selalu menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen, Kilafairy bagaimanapun tidak mahu terus tertekan dengan tanggapan  negatif masyarakat terhadap dirinya.

Nak cakap saya seksi? Saya jarang tampil dengan pakaian yang mendedahkan tubuh saya. Saya sudah cukup matang untuk berfikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri. Sebelum dikecam netizen, ibu bapa saya sudah menegur kalau saya memakai pakaian yang terlalu seksi. Lagipun saya sendiri tidak selesa untuk memakai pakaian yang seksi dan mendedahkan.

 

Bagi saya, itu adalah pandangan peribadi setiap individu. Saya tidak mahu dibentuk oleh kata-kata orang lain. Saya bukan hendak dilabel dan dikatakan pelakon seksi.

Lumrah bergelar artis pasti setiap perkara yang dilakukan ataupun penampilan mereka akan menjadi bualan ramai. Bak kata Kilafairy, seksi ataupun tidak ia bergantung kepada pandangan masing-masing. Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Utusan Online via Soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *