AJL32: Pereka Fesyen Komen Pakaian Wani, Haqiem Macam Star Wars, Hero Drama India

Posted on

Malah, dia hanya mereka busana mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai bukan hanya sekadar tangkap muat atau mengikut kehendaknya sendiri.

Netizen mengecam busana yang digayakan Wany.

“Untuk hasilkan busana itu saya mengambil masa yang lama. Bukan semudah yang disangka. Saya bukan sekadar reka untuk tangkap muat atau ikut suka hati.

“Baju itu direka mengikut kesesuaian lagu dan pemakai itu sendiri iaitu Wany. Apa yang penting busana itu masih sopan, menutup bahagian dada dan pinggulnya.

“Yang pasti, Wany selesa memakai busana itu dan pihak pengurusannya juga sukakan rekaan baju saya,” kata Mirol kepada mStar Online.

Haqiem Rusli Macam Hero Drama India

Selain Wany, fesyen yang digayakan penyanyi Haqiem Rusli ketika membuat persembahan turut mendapat kritikan daripada pengarah drama, Michael Ang.

Menerusi laman Twitter, Michael mempersoalkan pakaian Haqiem yang seakan-akan hero drama India yang sedang membuat penggambaran di Malaysia.

Michael Ang beranggapan pakaian yang digayakan Haqiem itu tidak bersesuaian dengan konsep.

By the way siapa la stylish budak ni? Nyanyi ada orang sign language kat belakang, penyanyi pakai macam hero cerita India gengster yang shoot kat Malaysia tu. Salah konsep!” tulisnya.

Bagaimanapun, Mirol yang juga mereka busana Haqiem tidak ada masalah untuk menerima segala kritikan kerana menganggap setiap orang mempunyai pendapat sendiri.

“Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Saya tak ada masalah dengan sesiapa yang mahu memberi kritikan.

“Sama juga macam Wany, Haqiem pun teruja untuk menggayakan baju itu,” kata pemuda lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fesyen.

Tags / Kata Kunci: Wany Hasrita , Haqiem Rusli

MStar