Alif Satar dedah rahsia muda Nassier Wahab

Posted on

Alif dedah Nassier gemar membaca surah Yusuf. Foto Instagram: @alifsatar.

PELAKON dan penyanyi Alif Satar mendedahkan rahsia awet muda bapa sauadaranya yang juga penyanyi iaitu Datuk Nassier Wahab.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 28, berkata Nassier mengamalkan surah Yusuf sejak dahulu lagi menjadikan dia masih tampan pada usianya kini mencecah 56 tahun.

Malah, penyanyi lagu Sungguhnya itu menganggap Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

Nassier adalah bapa saudara Alif.

“Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *