Amy Search tawan Annapurna pada usia 60 tahun

Posted on

Amy dan isteri, Nourish bergambar kenangan di Kem Pangkalan Annapurna (ABC) pada Sabtu. Foto Instagram @aku.amysearch

PADA usia 60 tahun penyanyi terkenal Amy Search membuatkan peminatnya berasa kagum apabila beliau berjaya ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amy memuat naik gambar bersama isteri, Norhasniza Hassan atau Nourish yang lengkap berbaju kurung berwarna hijau bagi meraikan kejayaan itu.

Beberapa hari lalu, Amy memuat naik video di laman sosial itu memaklumkan mereka sudah berada di Jhinu Nanda sebelum mendaki ke Chomprong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *