Anak Salima Perlu Jalani Pembedahan Plastik Akibat Jatuh

Posted on

“Kami pergi ke hospital pertama, doktor terus nasihatkan untuk pembedahan plastik sebab kalau jahit biasa akan tingalkan parut yang buruk dan lukanya dalam, tidak boleh sekadar jahit luar tetapi hospital tersebut tiada pakar untuk pembedahan plastik.

“Kami suami-isteri terus ke hospital yang seterusnya dan bila tengok luka Rayyan, doktor beritahu lukanya perlu dijahit tiga lapisan secara pembedahan,” tulisnya dalam Instagram.

Rayyan selamat menjalani pembedahan plastik pada bahagian dagunya.

Dalam pada itu, Salima atau Nor Salima Habibi, 30, memberitahu ketika kejadian kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh dan apabila dimaklumkan mengenai hal berkenaan dia segera membawa anaknya ke hospital.

“Rayyan terjatuh dalam bilik air pagi tadi (Ahad) dan luka di dagunya ketika berada di rumah pengasuh dan saya terus pergi ambil dan bawa ke klinik.

“Rayyan bukan seorang budak yang lasat sangat, dia jenis yang berhati-hati. Pengasuhnya pun hati-hati dan baik, Mommy pun jenis hati-hati bab keselamatan anak.

“Tapi inilah dikatakan malang tidak berbau, sesuautu yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya,” jelasnya.

Menerusi posting berlainan, Salima memberitahu Rayyan selamat menjalani pembedahan pada pagi Isnin dan kini berada dalam keadaan baik.

“Selesai dah Alhamdulillah… terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.

Salima berkahwin dengan Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.

MStar