Apa sumbangan saya? Tak perlulah cerita satu dunia – Eizlan Yusof

Posted on

PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof menegaskan dia tidak suka menunjuk-nunjuk kebaikan dan sumbangan yang dilakukan.Eizlan, 46, berkata, dia tidak mahu digelar riyak di kemudin hari dengan perbuatan itu.

“Saya manusia yang ‘low profile’, tak suka gembar-gembur apa yang telah, sedang dan akan dilakukan.

“Niat yang baik dan positif tak perlu digembar gembur, risau akan digelar riak dan menunjuk,” katanya kepada mStar Online.

Dia dihubungi selepas menerima pentauliahan Leftenan Kolonel (Bersekutu), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang diterima pada Isnin.

Pelantikan itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya agensi itu Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya dalam satu majlis di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *