Apa sumbangan saya? Tak perlulah cerita satu dunia – Eizlan Yusof

Posted on
Eizlan (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat & Penganugerahan Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu pada Isnin.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja dianugerahkan Leftenan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Ini adalah hasil usaha dan komitmen terhadap apa yang berkaitan dengan anugerah yang kita dapat,”ujarnya.

Sementara itu, Eizlan berkata segala pencapaiannya sebelum ini sudah menjadi ketentuan Illahi.

Malah, pelakon ini turut mempersoalkan tindakan netizen yang sering mempersoalkan sumbangannya sehingga diberi pelbagai gelaran.

“Netizen sentiasa mempertikai apa sumbangan saya sehingga saya layak menerima semua ini.

“Jangan tanya saya, tanya Allah SWT,” ujarnya.

Selain Eizlan, pengarah dan pelakon, Ahmad Idham turut menerima pentauliahan yang sama.

Eizlan sebelum ini menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2017 daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Tags / Kata Kunci: Eizlan Yusof

MStar