“Asal Terasa Kata Saya Dengki!” Abby Abadi Terus Jadi Mangsa Peminat Fattzura

Posted on

“Kalau niat macam tu tak baguslah, selami ni respect dekat awak tapi sekarang tidak sebab cara tu cari kesalahan, saya berada di majlis kahwin tu tak nampak pun mana silapnya.

“Fattzura hanya menari sekadar suka-suka untuk hiburkan tetamu bukan niak nak syirik atau menari Salib,” tulis netizen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi

Paparan skrin mesej peribadi yang diterima Abby.

Sementara itu, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abd Manan dalam status tersebut turut berasa pelik mengapa dia menerima kiriman mesej berkenaan.

“Ni apa pula ni? Kawan-kawan tolong sembang (tegur) sekejap dengan yang tak puas hati dengan saya ni, saya sibuk cari rezeki kejap.

“Asal terasa saja kata saya dengki dekat artis tu, artis ni. Saya kongsi di sini supaya orang lain ambil pedoman dan jangan jadi macam ni juga, tak rajin nak layan sebab banyak tempahan di Whatsapp tak terjawab dik,” sindirnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat kepada Abby untuk terus berdakwah dan berkongsi mengenai ilmu agama.

Sebelum ini Abby ada berkongsi mengenai bahaya terjebak dengan tarian Panama Dance yang sedang tular di negara ini.

“Kak Abby tegur umum bukan untuk sesiapa, tak salah mengajak kepada kebaikan dan teruskan berdakwah dan menyebarkan kata-kata baik anda.

“Kenapalah asik nak fikir negatif saja pasal post Abby, banyak nasihat baik dikongsi, patut difikirkan secara positif. Apa dia kongsi itu sebelum majlis kahwin Fattzura lagi,” komen netizen.

Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura mengadakan majlis resepsi untuk peminat di Royale Palace, Shah Alam pada Ahad lalu.

Selain bergambar dengan peminat, majlis tersebut turut diserikan dengan nyanyian artis popular dan sesi tarian poco-poco bersama pengantin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *