“Azmil Orang pertama Ketuk Pintu Rumah Saya” – Ogy

Posted on

Azmil individu menyenangkan dan sudah dianggap sebagai seorang abang oleh Ogy.

HEROIN filem Ali Setan iaitu Fauziah Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai individu yang menyenangkan dan tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ogy berkata, Azmil sudah dianggap sebagai seorang abang dan menyokong dia ketika Ogy di awal penghijrahan dahulu.

“Dia sudah macam abang saya. Sepanjang saya mengenalinya, dia tak pernah menyusahkan orang dan tak letak dirinya sebagai orang hebat.

“Semasa awal penghijrahan saya dahulu, dia orang pertama yang ketuk pintu rumah saya dan menyokong apa yang saya lakukan (bertudung). Walaupun saya masih aktif dengan industri seni, dia tak pernah memberi kecaman atau bercakap buruk di belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *