Bak Mimpi Bakal Kahwin Aktor Indonesia – Shenty Feliziana

Posted on

PELAKON Shenty Feliziana tidak menyangka pelakon Reuben Elishama, 39, berani bertemu keluarganya untuk mengenali dia lebih rapat.

Shenty atau nama sebenarnya Shenthy Feliziana Sudirman, 28, berkata dia mengenali pelakon yang berasal dari Indonesia itu ketika menjalani penggambaran drama DO(s)A pada Jun lalu.

“Saya kenal Reuben sejak penggambaran drama DO(s)A pada Jun lalu. Tapi masa itu saya dan dia letak syarat nak jadi profesional tak boleh ada cinta lokasi.

“Supaya tahu batasan dan selesa bekerjasama. Sejak itu kami rapat. Dua minggu lepas habis penggambaran, dia ada kata rindu.

Reuben (kanan) dan keluarganya datang menghantar rombongan merisik. 

“Saya beritahu kalau nak serius kena jumpa ibu dan dia terus datang ke Singapura jumpa keluarga untuk sampaikan niat baiknya. Tak sangka dia buat macam itu,” kata Shenty kepada mStar Online.

Menurut Shenty, keluarga Reuben telah menghantar rombongan merisik, bertunang pada 25 November lalu dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan.

Kata pelakon yang berasal dari Singapura ini, dia berasa seakan-akan sedang bermimpi dan berharap semuanya berjalan lancar.

“Ibu pun terbuka hati untuk terima dan setuju kami kenal lebih rapat. Sebulan lepas itu terus dia kata keluarga nak datang untuk salam perkenalan.

“Alhamdulillah, pada 25 November lalu keluarga dia datang merisik dan kami bertunang. Insya-Allah tahun depan bulan April kami akan langsungkan pernikahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *