Bak Mimpi Bakal Kahwin Aktor Indonesia – Shenty Feliziana

Posted on

“Sampai sekarang masih rasa macam mimpi tapi buat masa sekarang saya rasa tenang. Saya reda kalau betul dia jodoh, Allah akan permudahkan,” ujarnya.

Shenty dan Reuben akan bernikah pada April tahun depan.

Dalam pada itu, bekas pengacara program H! Live ini terpikat dengan senyuman, keikhlasan dan cara layan pelakon lelaki itu terhadap keluarga terutama sekali pada wanita.

Malah, mereka juga sudah mengenali perangai masing-masing ketika bekerjasama dalam drama tersebut.

“Saya dapat rasakan keikhlasan dia. Cara dia cakap pun berbahasa dan tengok dia layan keluarga penuh dengan hormat terutama sekali perempuan.

“Masa kerja untuk drama DO(s)A, kami berdua dapat tengok kita perangai sebenar masing-masing dan tak ada yang tak menyenangkan.

“Dia pandai buat saya ketawa dan senyuman dia pun buat saya cair juga lah,” kata Shenty.

Selain Reuben dan Shenty, pelakon lain yang turut membintangi drama mini siri Do[s]a ialah Remy Ishak, Hisyam Hamid, Datuk M.Nasir dan ramai lagi.

Drama tersebut diarahkan pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award, Indonesia, Ifa Isfansyah yang dijangka menemui para penonton di Astro tidak lama lagi.

 

Sumber:mstar