Bakal Lancar Album Di Negara Itu, Orang Filipina Lebih Terima Min Yasmin

Posted on

Min gembira peminat di Manila sentiasa menyambutnya dengan baik. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.

KURANG popular di negara sendiri, penyanyi Min Yasmin akan terus berkarya dan melebarkan sayap di Manila, Filipina memandangkan penerimaan peminat di negara itu terhadapnya lebih baik.

Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 29, berkata dia kini berulang-alik dari Malaysia ke Filipina disebabkan banyak menerima tawaran membuat persembahan negara tersebut.

“Sambutan di Manila membuatkan saya yakin untuk terus berkarya di sana. Mereka sangat mengujakan walaupun pada awalnya saya tak terbayang akan dikenali.

“Alhamdulillah mereka menerima saya dengan baik sejak saya melancarkan album dalam bahasa Tagalog pada tahun 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *