Balas komen negatif? Tidak bagi Janna Nick

Posted on

Janna Nick memenangi trofi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) pada malam Ahad lalu.

PELAKON dan pengacara Janna Nick lebih selesa untuk tidak menjawab sebarang kritikan negatif yang dilemparkan terhadapnya oleh netizen di laman sosial.

Janna berkata, dia senang menjawab sebarang isu berkaitan dengan dirinya kepada pihak media daripada memanjangkan sesuatu isu untuk bertelagah dengan netizen.

“Saya mudah, jika tidak suka tentang apa perkara negatif dan fitnah dilemparkan saya padam dan sekat akaun tersebut kerana lebih baik tidak mengambil tahu atau membalas komen tersebut.

“Pada saya jika ada sesuatu isu, saya lebih senang menjawab kepada wartawan dan bukannya berbalas komen di Instagram,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *