Balas komen negatif? Tidak bagi Janna Nick

Posted on

Janna ditemui di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Janna dan Zul Ariffin bersama trofi kemenangan masing-masing.

Pelakon itu turut membawa pulang trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya dalam drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu.

Dalam pada itu, Janna berkata, dia enggan menjawab tuduhan atau kritikan di media sosial kerana merasakan tidak perlu mempertahankan diri kerana ia mampu mencetuskan perbalahan.

Malah kata Janna, dia juga tidak tahu sama ada pemilik akaun tersebut benar-benar wujud atau pun berselindung di sebalik nama samaran yang tidak diketahui niat sebenar mereka.

“Saya pilih untuk tak memanjangkan sesuatu perkara dengan berbalas komen dengan netizen kerana kita sendiri tidak tahu kewujudan mereka ini atau pun waras ke tidak.

Janna tidak menggunakan laman sosial sebagai tempat berbalah dengan netizen.

“Buat apa hendak lawan dalam alam maya yang tak nyata? Namun apa yang baik saya ambil sebagai panduan dan berunsurkan negatif sehingga menghentam dan menjatuhkan, saya padam dan sekat akaun mereka,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya di DFKL 2018, Janna berkata, dia memang tidak menyangka memenangi trofi sama buat kali kedua kerana menyangkakan ia milik Farah Nabilah.

Ini kerana kata Janna, dia merasakan drama lakonan Farah menerusi Titian Cinta lebih memberi impak dan mendapat rating lebih tinggi namun menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki dan usaha peminat mengundinya.

“Rasa terkejut juga mula-mula sebab ingat Farah Nabilah yang menang kerana Titian Cinta sangat popular.

Janna bersama rakan artis.

“Tetapi ini semua kerja keras peminat yang tidak jemu-jemu mengundi saya sehingga mendapat trofi ini buat kali kedua,” katanya yang kali pertama memenangi kategori itu pada tahun 2016.

Tambah Janna, kemenangan itu sebenarnya manis buat dirinya kerana menerusi DFKL dia memenangi anugerah pertamanya sejak bergelar artis dan berhasrat untuk mempertahankan kemenangan itu pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *