Banyak negatif, Aisyah Aziz berehat dari media sosial

Posted on

Aisyah Aziz

PENYANYI kelahiran Singapura Aisyah Aziz membuat keputusan untuk berehat sementara daripada aktif di media sosial.

Aisyah, 23, berkata, dia mula menyedari laman sosial terlalu banyak memberi kesan negatif terhadap dirinya.

“Saya memutuskan untuk berehat sebentar dari media sosial buat sementara waktu. Tapi saya masih menulis kapsyen pada laman sosial saya cuma saya tidak mengendalikan akaun peribadi itu.

“Saya mahu membetulkan semula minda dan keutamaan saya sebelum kembali ke dunia maya ini. Media sosial memberi kesan yang sangat negatif buat diri saya dan sebab itu saya harap dapat menjauhkan diri buat sementara,” ujarnya menerusi Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *