Banyak negatif, Aisyah Aziz berehat dari media sosial

Posted on

Aisyah Aziz tutup laman sosial sementara.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini berkata, dia mahu belajar menjalani kehidupan dan mencintai diri sendiri tanpa perlu membuktikan kepada sesiapa.

Katanya, dia juga mahu menggunakan masa sebaik mungkin dengan rakan-rakan tanpa merakam semua proses itu dan memuat naik di media sosial.

“Saya mahu mengamalkan perbualan den perbincangan sebenar dengan orang sekeliling dan bukan sekadar fizikal dengan mereka tatapi bercakap dengan orang lain dalam talian.

Aisyah tidak mahu media sosial memberi kesan kepada dirinya.

Selain itu, Aisyah berkata, tanda suka and komen yang diperoleh oleh orang lain membuatkan dia mempersoalkan kebolehan diri sendiri.

Tambah penyanyi lagu Tanda Tanya ini, internet memudahkan seseorang untuk mendapatkan maklumat dengan mudah tetapi juga memberi rasa tidak puas hati dan keraguan terhadap diri sendiri.

Tags / Kata Kunci: Aisyah Aziz

MStar