“Bil Hospital Dah Cecah RM800,000”

Posted on

Abdul Manaf terpaksa menjalani pembedahan di Seoul, Korea selepas mengalami masalah kesihatan ketika bercuti bersama keluarganya.

PETALING JAYA: Tiada siapa yang mahukan percutian bersama keluarga tercinta akan berakhir dengan peristiwa tidak dingini.

Lebih menyedihkan, jika sesuatu yang buruk itu menimpa insan disayangi yang sudah berusia dan tidak pernah menunjukkan petanda mengalami masalah kesihatan, apatah lagi penyakit kritikal sebelum ini.

Kisah yang menimpa Abdul Manaf M Noh tular di media sosial kira-kira dua minggu lalu lalu, namun selepas 19 hari dimasukkan ke wad sebuah hospital di Korea, pihak keluargannya masih berdepan masalah untuk melangsaikan kos rawatan yang meningkat setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *