Bimbang kulit gelap, Yuna elak terkena cahaya matahari

Posted on

Yuna pernah berasa tidak yakin dengan warna kulitnya. Foto Instagram: @yunamusic.

PENYANYI Yuna mendedahkan dia pernah mengelak daripada terkena cahaya matahari supaya kulitnya tidak terdedah dan menjadi lebih gelap.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 33, berkata dia melakukan sebegitu disebabkan berasa tidak yakin dengan warna kulitnya yang gelap.

“Saya membesar di Malaysia sentiasa sedar diri mengenai kulit saya sebab sewaktu kecil, saya kelihatan gelap (saya bermain sukan di bawah matahari!).

Kapsyen yang dimuat naik Yuna di laman sosialnya mendapat perhatian netizen.

“Kanak-kanak perempuan di sekeliling saya hanya mahu ada kulit yang lebih cantik dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan kulit seperti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *