Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

Posted on

Elly Mazlein menyangkal dakwaan melakukan pembedahan membesarkan payudaranya.

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bagi membesarkan payudaranya.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, sebaliknya berkata, buah dadanya kelihatan besar disebabkan ia masih bengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

“Mana ada buat apa-apa, apatah lagi pembedahan? Payudara saya asli.

“Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein Pertahan Tuntut Nafkah Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *