“Chill semua… tak ada masa nak bercinta-cinta ni” – Emma Maembong

Posted on

Emma berkawan rapat dengan Kamal Adli dan Alvin Chong. Foto Instagram: @emmamaembong.

PELAKON Emma Maembong menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa kini.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata dia hanya ingin berkawan dengan semua orang dan berharap netizen bertenang sahaja.

“Bersama satu-satunya kawan baik @nanarossham. Chill semua, saya tak ada masa lagi nak bercinta-cinta ni.

“Jangan asal muat naik (berkongsi foto) je bercinta. Tak salahkan saya nak berkawan dengan semua.

Status penjelasan yang dimuat naik oleh Emma.

“Tak semestinya kena bercinta. Jadi, chill ok,” tulis Emma menerusi laman Instagramnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *