“Dah Tengok Wedding Fattzura?” Ayat Itu Buat Sherry Ibrahim Bengang

Posted on

Sherry Ibrahim minta penjelasan apabila perunding perkahwinan mengaitkan namanya dengan perkahwinan Nur Fazura dan Fattah Amin. Foto Instagram @sherryibrahim

PELAKON Sherry Ibrahim berang kononnya perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin Ahad lalu.

Sherry mendedahkan menerusi akaun Instagram Rekateemor itu terdapat komen pada posting video yang dimuat naik di laman sosialnya pada malam Isnin dengan bertanyakan sama ada dia sudah melihat perkahwinan pasangan itu.

“Hi @sherryibrahim, dah tengok wedding Fattzura? Kami ada post wedding Fattzura di Instagram kami. Jom tengok,” tulisnya Sherry dalam Instagram miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *