“Dah Tengok Wedding Fattzura?” Ayat Itu Buat Sherry Ibrahim Bengang

Posted on

ARTIKEL BERKAITAN: 5,000 Peminat Banjiri Kenduri Fattah Amin & Fazura

Komen tersebut telah menyebabkan ramai pengikutnya termasuk rakan selebriti menyelar tindakan dan niat perunding perkahwinan itu meninggalkan komen tersebut.

Umum sudah mengetahui sebelum ini Sherry dan Fattah Amin pernah menjadi pasangan kekasih namun percintaan mereka tidak kesampaian.

Sherry memuat naik paparan skrin komen ditinggalkan di Instagramnya.

Rata-rata berang apabila nama Sherry dikaitkan dengan pasangan itu.

“Apa kena mengenai perkahwinan Fattzura dengan Sherry Ibrahim? Come on! Kata perunding perkahwinan nombor satu Malaysia. Soalan tiada kena mengena dengan hidup orang tu pun boleh tanya?

“Ini bukan caranya untuk mendapat pengikut dengan bertanyakan soalan tidak relevan kepada orang yang tidak sepatutnya,” tulis salah seorang pengikutnya.

Rata-rata juga meminta pihak Rekateemor memohon maaf kepada Sherry.

Sherry akan ambil tindakan jika tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pihak berkenaan kepadanya.

Sementara itu, sherry dalam posting berbeza mempersoalkan tindakan Rekateemor mengaitkannya dan meminta pihak tersebut tampil menjelaskan kepadanya berhubung komen dibuat.

Malah kata Sherry, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya jika tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pihak perunding perkahwinan itu.

“Pertamanya saya tidak mengenali mereka (Rekateemor) dan perkara ini berlaku menerusi video yang saya muat naik malam semalam.

“Komen tersebut telah menyebabkan buli siber dan ia membuka kepada risiko dan rasa tidak hormat.

5,000 peminat meraikan pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura pada majlis kenduri mereka pada Ahad lalu.

“Sila jelaskan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan seterusnya @rekateemor.

Hasil carian pada ruangan komen pada video yang dimuat naik Sherry mendapati Rekatemor sudah memadam komen yang dibuat kepada pelakon drama Syurga Yang Kedua itu.

Namun Sherry sempat membuat paparan skrin komen berkenaan.

Rekateemor mengeluarkan kenyataan memberitahu ada pihak menggodam akaun mereka.

Ada Pihak Telah Godam – Rekateemor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *