Deja Moss dakwa suami curang punca rumah tangga berantakan

Posted on

Deja Moss memangku anak buahnya sambil berkongsi masalah rumah tangga dihadapinya. FOTO: Nur Asyikin Mayudin

KUALA LUMPUR: Penyanyi Deja Moss mendakwa perkahwinannya selama 10 tahun dengan Azfendy Azzuddin Ahmad berantakan selepas dia berjaya menghidu kecurangan suaminya.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata dia turut kecewa apabila pihak keluarga suaminya turut merahsiakan hal berkenaan.

“Punca sebenar perceraian saya adalah disebabkan kecurangan suami sejak 2013 lagi. Saya sangat sedih dan kecewa sebab rasa seperti diperbodohkan,” kata Deja.

Deja ditemui ketika majlis pertemuan dan sesi ramah mesra Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bersama pengiat seni di Restauran Dapoq Che Jun, Stesen Kereta api Kuala Lumpur pada Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *