Deja Moss dakwa suami curang punca rumah tangga berantakan

Posted on

Gambar fail Deja Moss dan suaminya yang dirakamkan pada tahun 2011.

Tambah Deja lagi suaminya yang berumur 39 tahun itu sudah keluar rumah pada 27 September 2017 dan sejak dari itu mereka terputus hubungan.

Menurut Deja, Azfendy memberi alasan untuk memfailkan perceraian disebabkan mereka tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.

“Dia dah keluar rumah pada 27 September tahun lalu. Sejak itu, dia dah sekat saya di laman sosial dan telefon bagi membolehkan saya tidak dapat menghubunginya.

“Alasan yang diberi sebab nak cerai kerana kami tak ada anak walaupun dah kahwin hampir 10 tahun. Sebelum ini, saya pernah mencuba dan berusaha macam-macam untuk dapatkan zuriat.

“Tapi dia pernah berkata tak apa kalau tak ada anak. Sekarang lain pula jadinya,” ujarnya.

Sebutan lafaz cerai mereka akan dilakukan pada 23 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.

Tags / Kata Kunci: Deja Moss

MStar