“Di London Saya Bergaya, Di Mekah Pun Macam Tu Tapi Taklah Melampau” – Che Ta

Posted on

Rozita Che Wan semenangnya suka bergaya tapi dia tahu hadnya. FOTO: Izzat Khalizan

PELAKON Rozita Che Wan mengakui dia sekadar menjadi diri sendiri dan tidak berniat untuk bergaya secara berlebih-lebihan setiap kali menunaikan ibadah Umrah di Kota Suci Mekah.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 45, berkata, dia sudah terbiasa bergaya dan perkara itu bukanlah sesuatu yang aneh baginya.

“Saya memang jadi diri saya, kalau di Kuala Lumpur atau sewaktu ke London pun saya bergaya, di Mekah pun macam tu juga.

“Tapi sebenarnya tidaklah melampau pun. Bersolek pun tidak, sebab itu saya pakai kaca mata hitam dan purdah (ketika di Mekah),” katanya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *