Diana Danielle sertai lumba kereta kerana Farid Kamil

Posted on


Diana dan suami serta anak-anaknya.

Tahun ini merupakan tahun kedua Diana menjadi salah seorang selebriti program perlumbaan kereta itu.

Malah, Diana satu-satunya peserta wanita yang berjaya menjejak kaki di atas podium untuk menerima trofi.

“Tahun ini adalah musim kedua saya bersama pasukan Toyota Gazoo Racing. Memang mencabar.

“Namun, kami diberi latihan intensif oleh jurulatih bertauliah sebelum masuk ke litar. Hasilnya, sepanjang musim lalu, saya sudah beberapa kali naik podium menerima trofi,” ujarnya.

Barisan selebriti yang menyertai Toyota Gazoo Racing musim kedua.

Selain Diana, barisan selebriti untuk Toyata Gazoo Racing musim kedua terdiri daripada Akim Ahmad, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Syukri Yahaya, Janna Nick, Aiman Tino dan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, biarpun Diana kini juga sibuk menjalani penggambaran drama Raisa 2 namun dia tahu membahagikan masa dengan baik.

“Kita kena tahu macam mana nak uruskan jadual. Tambahan pula, saya bukan jenis suka banyak tawaran yang banyak.

“Sekarang ini pun dalam masa yang sama saya sibuk jalani penggambaran drama terbaharu. 

“Tapi saya kena jaga stamina, waktu tidur dan cara permakanan dari sekarang supaya nanti masa perlumbaan bersedia dari segi mental dan fizikal,” katanya.

MStar