Dilabel pengacara gedik, Janna Nick terima segala kritikan

Posted on

Janna terbuka dengan kritikan yang membina dan menghormati pandangan orang lain.

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick menghargai kritikan yang membina dan menghormati pendapat orang lain kerana dia ingin menjadi lebih baik.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, berkata dia percaya ada cara yang lebih baik untuk memberi kritikan atau mesej dan dia terbuka untuk menerimanya.

“Saya hormat pendapat orang lain dan hargai kritikan membina. Sebab saya mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Saya percaya sentiasa ada cara untuk menghantar mesej itu secara positif dan saya terbuka untuk terimanya,” tulis Janna menerusi laman Twitter miliknya pada Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *