Farid Kamil baru sedar digam, tiada tawaran sejak Januari

Posted on

Farid dedah namanya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mendedahkan namanya digam oleh pihak produksi gara-gara kelantangan bersuara mengenai kerajaan terdahulu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, berkata dia tidak menerima tawaran dan masih menunggu bayaran penuh daripada beberapa produksi sejak awal Januari lalu.

“Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja.

“Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *