Fazley, isteri berdoa Rosmah terbuka hati terima mereka

Posted on

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob sentiasa mendoakan agar ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor terbuka hati untuk menerima dirinya dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sebagai ahli keluarga.

Sebagai anak dan menantu, Fazley berkata, beliau dan isteri tidak pernah menyimpan perasaan tidak baik terhadap isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak itu malah menganggap Rosmah sebagai ibu kandungnya.

“Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya.

“Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga,” katanya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *