Fazley, isteri berdoa Rosmah terbuka hati terima mereka

Posted on

Perkongsian Fazley mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah.

Azrena adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Dalam pada itu Fazley, 40, berkata, keterbukaannya mendedahkan keperitan hidup sepanjang 11 tahun mereka suami-isteri di Instagram baru-baru ini bukan berniat untuk membuka aib atau mencari kesalahan mana-mana pihak.

Sebaliknya kata Fazley, beliau cuma berkongsi kisah sebenar kehidupan mereka sekeluarga kerana ingin menunaikan wasiat terakhir Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

“Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak.

Luahan Fazley mengenai isterinya juga menyentuh hati netizen.

“Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga,” kata Fazley.

Allahyarham bapa Fazley meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat komplikasi paru-paru pada 8 Februari 2016.

Tambah Fazley lagi, beliau memilih untuk mendedahkan perkara itu di laman sosial kerana berasa lebih dekat dengan pengikutnya.

Fazley turut mengucapkan selama hari ibu buat isteri, ibu (foto kanan)  dan ibu mertuanya (tengah). 

“Saya bukan nak pergi pada media. Bagi saya, laman sosial ini lebih peribadi. Dapat cerita lebih dekat dengan pengikut di Instagram.

“Medium itu paling utama pada peminat, jadi, saya kongsi pengalaman yang terjadi supaya mereka juga boleh mengambil perkara itu sebagai teladan.

“Apa yang utama adalah kesabaran dan berani kerana benar,” ujarnya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *