Fikry Ibrahim enggan tanggung dosa kerana Uqasha

Posted on

Fikry akan cuba untuk mengelak daripada menyebarkan dosa kepada orang lain.

TUJUAN pelakon Fikry Ibrahim memuat naik foto mengaburkan rambut pelakon Uqasha di laman sosialnya kerana tidak mahu menangung dosa orang lain.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata dia enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai tindakannya itu.

“Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham.

“Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *