‘Girang Syawal Tiba’ lagu raya Mydin dinyanyikan artis popular

Posted on

Artis-artis FMC bersama Mydin melakukan kolaborasi menghasilkan lagu hari raya 'Girang Syawal Tiba'. FOTO: Raja Faisal

PETALING JAYA: Buat julung kalinya pasar raya Mydin memperkenalkan lagu hari raya berjudul Girang Syawal Tiba bagi menghangatkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Ia menampilkan paduan suara enam artis naungan FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, lagu raya berkenaan merupakan kejutan daripada pasar raya berkenaan untuk pelanggan setianya.

Para artis bersama pihak pengurusan Mydin melihat koleksi pakaian hari raya yang dujual di pasar raya itu.

“Idea lagu raya untuk pasaraya Mydin mula dibincangkan dengan pihak FMC sejak dua bulan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *