‘Girang Syawal Tiba’ lagu raya Mydin dinyanyikan artis popular

Posted on

“Ia diperkenalkan bagi menghangatkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini.

“Pihak kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan artis-artis muda bagi menyanyikan lagu Girang Syawal Tiba,” ujarnya kepada mStar Online.

Amir ditemui di majlis pelancaran  lagu itu di Mydin USJ, Subang Jaya, pada Rabu.

Pelbagai koleksi baju Melayu dan baju kurung dijual di Mydin dari RM59.

Dalam majlis yang sama, pihak Mydin turut melancarkan dua koleksi baju hari raya untuk lelaki dan perempuan yang diberi nama Mikhail dan Mikayla.

Baju kurung dan baju Melayu itu dijual dari RM59.

Sementara itu, Amir berkata, Mydin turut mengadakan bazar Ramadan yang ditempatkan dalam semua pasar raya mereka di seluruh negara.

“Terdapat lebih 200 juadah berbuka yang dijual menerusi bazar Ramadan kami dan ia dimasak sendiri oleh cef Mydin.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Bhd. Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (kiri) dan ahli lembaga pengarah Mydin, Datuk Murad Ali Mydin.

“Ia secara tidak langsung memudahkan pelanggan kerana mereka tak perlu tergesa-gesa pulang selepas membeli belah, beli je lauk berbuka di Mydin,” katanya lagi.

Bazar Ramadan berkenaan dibuka bermula pukul 3 petang sehingga 7.30 malam.

Selain itu, Mydin turut bekerjasama dengan Adabi, Beras Juara dan Maggi bagi menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada sepanjang Ramadan ini.

Tags / Kata Kunci: Mydin

MStar