Hael Husaini 'Jampi' AJL32

Posted on

KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, berserta trofi.

Naib juara pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker.

Ia membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli mendapat tempat ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *