Ibu-Bapa Berpisah Punca Remy Ishak Ambil Masa Mahu Kahwin

Posted on

Remy tidak mahu terburu-buru dalam soal kahwin. Foto: ART CHEN.

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak mengakui belum bersedia untuk berkahwin kerana mahu memastikan masa depannya dirancang dengan baik.

Remy atau nama sebenarnya Muhammad Zalimei Ishak, 36, berkata dia juga memikirkan tanggungjawab seorang suami dan tak ingin melalui pengalaman seperti ibu bapanya yang sudah bercerai.

“Untuk menjadi seorang suami itu, tanggungjawabnya besar bukan hanya untuk menyatukan silaturahhim. Saya seorang lelaki yang mahu memastikan masa depan berjalan dengan lancar.

“Jadi saya merancang untuk semuanya berjalan dengan baik. Saya dari dulu seorang yang mementingkan tanggungjawab menjaga keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *