Ikut Arahan Pihak Ketiga, Wany Hasrita ‘Dibuli’

Posted on

Netizen kata Wany tidak membuat persembahan dengan baik pada malam AJL 32.

“Baru saya tahu perasaan orang yang melalui situasi buli siber. Memang menyakitkan hati. Pada awalnya, tidak dinafikan saya terkesan juga dengan kritikan netizen.

“Tapi hanya sekejap sahaja. Saya dah lakukan yang terbaik pada malam itu. Jadi, lebih baik saya fokus pada karier selepas ini,” kata Wany kepada mStar Online.

Wany ada memuat naik status menerusi laman Instastorynya dengan mengatakan kewujudan buli siber dan mendoakan tidak ada sesiapa yang perlu melalui situasi tersebut.

“Buli siber benar terjadi. Saya berdoa agar semua orang tidak perlu melalui situasi seperti ini,” tulis Wany.

ARTIKEL BERKAITAN Pereka Fesyen Komen Pakaian Wany, Haqiem Macam Star Wars, Hero Drama India

Antara kritikan yang ditinggalkan di ruang komen foto Wany.

Manakala ruang komen di foto laman Instagram Wany dan YouTube dipenuhi dengan pelbagai kritikan dan pendapat daripada netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan nyanyian Wany yang dikatakan sumbang, malah gimik ‘drama’ pembuka persembahan juga tidak sesuai dan ketinggalan zaman ketika mempersembahkan lagu Menahan Rindu.

Bagaimanapun, Wany menjelaskan idea dan konsep tersebut bukan datang daripada pihaknya atau pihak pengurusan namun hanya mengikut kehendak pihak ketiga.

Luahan Wany menerusia Instastorynya.

“Pihak tersebut yang mahukan konsep seperti itu. Saya sebagai pendatang baru hanya ikut sahaja. Takkan saya nak demand atau jadi diva,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wany memberitahu jika diberi peluang dia ingin melakukan konsep yang berlainan dan sesuai dengan lagu Menahan Rindu yang mempunyai banyak maksud.

“Kalau ikutkan saya sendiri mahukan konsep yang berlainan dan sesuatu yang boleh orang ingat sampai bila-bila.

“Lagu Menahan Rindu itu sendiri mempunyai maksud yang banyak. Bukan hanya untuk kekasih sahaja tetapi rindu pada ahli keluarga juga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *