Ingatkan Musim Sejuk, Tapi…

Posted on

PETALING JAYA: Cuaca sejuk di barat Semenanjung Malaysia menyebabkan ramai yang bertanya sama ada musim sejuk akan berlaku.

Pada Khamis, Lembah Klang mengalami cuaca paling sejuk sejak berbulan-bulan, dengan suhu mencecah hingga 22 darjah Celsius.

Di Twitter, rakyat Malaysia menyuarakan mengenai kejutan mereka terhadap cuaca sejuk dan kebanyakan mereka menyukainya.

“Cuaca di Malaysia betul-betul sejuk, jadi saya ulangi – Cuaca di Malaysia sebenarnya sejuk. Ini sebenarnya tidak berlaku sepanjang masa dalam iklim tropika,” kata @meseses.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di tanah air dari Arab Saudi memberitahu di Twitter pada pagi Jumaat: “Wah, sangat sejuk di Malaysia hari ini, seperti Jeddah! Alhamdulillah selamat pulang ke tanah air.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *