Ingatkan Musim Sejuk, Tapi…

Posted on

Segelintir netizen bagaimanapun mengeluh kerana terpaksa memakai jaket di negara yang sepatutnya mengalami musim tropika.

“Saya terpaksa memakai jaket, berasa bodoh di kawasan tropika,” kata @diandujour di Twitter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun memberitahu, tiada tanda-tanda suhu terus menurun lagi dan fenomena semasa sebenarnya disebabkan oleh monsun timur laut yang memberi kesan kepada pantai timur semenanjung.

“Musim hujan di kawasan itu mendorong angin timur laut dan awan ke barat.

“Sebab itulah kita melihat langit mendung beberapa hari lalu dan suhu tidak meningkat,” kata jurucakap MetMalaysia ketika dihubungi.

Beliau menambah, cuaca sejuk dijangka berakhir pada Ahad ini.

“Kita boleh menjangkakan lebih banyak langit cerah selepas Ahad,” katanya.

Tags / Kata Kunci: musim sejuk , MetMalaysia

MStar