Isteri dedah buka IG 'stalk' Aliff Syukri

Posted on

Shahida mendedahkan tujuan asal dia membuka akaun Instagram kerana ingin memantau suaminya, Aliff Syukri Kamarzaman.

ISTERI kepada usahawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak menyangka laman sosial Instagram miliknya kini mempunyai sejuta pengikut.

Shahida mendedahkan sebab utama dia membuka Instagram adalah kerana ingin memantau aktiviti suaminya dan bukannya ingin mencari pengikut yang ramai.

“Terima kasih semua yang sudi ‘follow’ saya… dah satu juta pengikut rasa macam tak percaya sebab mula-mula buat Instagram ini nak ‘stalk’ @@aliffsyukriterlajaklaris je,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff menerusi Instagramnya pula memberitahu dia sering memaksa isterinya itu untuk sentiasa mengemas kini profilnya dengan memuat naik gambar dan video.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *