Jalin cinta jarak jauh, Reen Rahim belum rancang kahwin

Posted on

Reen Rahim akui kini sedang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr AR. Foto Instagram: @reenrahim.

SHAH ALAM: Pelakon Reen Rahim memberitahu dia dan kekasihnya masih dalam proses mengenali hati budi dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 30, bagaimanapun berkata, dia dan lelaki istimewa itu sudah bertemu dengan kedua-dua belah keluarga.

“Keluarga kami pun dah pernah berjumpa. Tapi kami masih dalam proses mengenali satu sama lain.

“Kami belum ada sebarang perbincangan pun mengenai soal perkahwinan ini,” kata Reen kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *