“Jangan Merungut, Sekurang-Kurangnya Masih Ada Suami” – Nora Ariffin

Posted on

Isteri dan suami perlu sentiasa muhasabah diri.

“Perbetulkan diri kita, muhasabah diri kerana kita juga banyak kekurangan dan buang ego,” tulisnya.

Penyanyi lagu Desa Tercinta ini membuat luahan tersebut menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Nora berpendapat dalam melayari alam rumah tangga tiada seorang pun suami atau isteri yang bersifat sempurna.

Nora berkongsi luahan di laman Instagram.

Ujarnya, setiap manusia harus reda dengan perkahwinan tersebut dan menerima baik atau buruk pasangan masing-masing.

“Peringatan buat semua wanita, tidak ada isteri atau suami yang sempurna, namun dia adalah jodoh kita. Kita kena terima baik dan buruk mereka.

“Kena ada reda suami dan reda Allah. Bayangkan kalau satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya,” katanya lagi.

Terdahulu, suami Nora yang juga merupakan komposer iaitu Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Nora Ariffin

MStar