Jangan Terpedaya Dengan Aman Aziz Palsu

Posted on

Aman harap peminat tidak keliru dan tertipu. Foto Instagram: @amanazizofficial

PENYANYI Aman Aziz berharap peminat tidak terkeliru dengan akaun Instagram palsu menggunakan namanya iaitu Aman AF 2014.

Aman, 25, berkata dia sudah menghubungi pengendali Instagram itu untuk tindakan selanjutnya namun tidak berjaya kerana telah disekat oleh pemilik akaun tersebut.

“Instagram akaun @amanaf2014 bukan milik saya dan ia telah wujud sejak saya menyertai program Akademi Fantasia lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Aziz Mahu Berlakon Jika Berat 70KG

Ini bukan Instagram rasmi Aman Aziz.

“Saya tak tahu siapa yang cipta akaun tersebut, saya ada hubungi pemilik akaun itu tapi mereka block (sekat) dan peminat yang komen kata itu akaun palsu turut kena sekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *