'Jauh' bukan kisah peribadi Najwa Latif

Posted on

Najwa Latif tampil dengan single terbaharu berjudul Jauh.

PENYANYI Najwa Latif menjelaskan single terbaharunya yang berjudul Jauh bukan bekisarkan kisah peribadinya seperti didakwa sesetengah pihak.

Najwa sebaliknya berkata, lagu itu dihasilkan secara umum dan ia boleh ditafsirkan mengikut sudut pandang individu mengikut pandangan masing-masing.

“Lagu Jauh ini tiada kena mengena dengan cerita peribadi saya. Ia hanyalah situasi rindu ketika berjauhan yang mungkin semua orang pernah alami.

“Terpulang pada para pendengar untuk mentafsirkan ‘jauh’ dari sudut individu itu sendiri,” katanya.

Najwa berkata demikian sebagai respon peminat yang menyangka muzik video lagu itu menceritakan mengenai kisah peribadi penyanyi itu.

Najwa menunjukkan kematangannya sebagai komposer dan penulis lirik dalam Jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *