'Jauh' bukan kisah peribadi Najwa Latif

Posted on

Jauh memperlihatkan Najwa bekerjasama dengan kakaknya, Ika Latif sebagai penulis lirik dan komposer.

Bercakap mengenai Jauh, Najwa berkata, dia berharap agar lagu baharunya itu dapat menyerlahkan kematangannya dalam penciptaan lagu seiring dengan usia penglibatannya dalam industri seni ini.

“Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam bidang penggubahan lagu, saya mahu dewasa bersama karya-karya saya.

“Saya akan terus belajar sedikit demi sedikit bagi memenuhi halwa telinga para peminat,” jelasnya.

Sementara itu, Najwa berkata, kemunculan single terbaharunya itu adalah bukti dia masih mengingati peminatnya walaupun dia kini sibuk dengan pengajiannya di universiti.

Tags / Kata Kunci: Najwa Latif , Jauh

MStar