Kaji selidik mendapati Tun M, Siti Nurhaliza paling dikagumi di Malaysia

Posted on

Mahathir dan Siti Nurhaliza paling dikagumi 2018.

PETALING JAYA: Pemimpin parti politik iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M dan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih sebagai individu paling dikagumi di Malaysia berdasarkan satu kaji selidik dalam talian.

Menerusi kajian sebuah firma berpengkalan di United Kingdom, YouGov itu, Tun M yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mendapat sebanyak 15 peratus markah berbanding kedudukan kedua iaitu Bill Gate sebanyak 8.30 peratus.

Sementara dalam kategori lelaki tempat ketiga ia diduduki oleh pelakon Hong Kong iaitu Jackie Chan (7.70%) dan Tan Sri Tony Fernandes di kedudukan ke empat iaitu sebanuak 7.10 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *