“Kalau Tak, Jamah Buku Lima” – Altimet Dedah Cubaan Ceroboh Iqram

Posted on

Pelakon Nabila Huda turut membuat kemunculan pada persembahan Altimet pada AJL32.

PENYANYI rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon Iqram Dinzly yang menaikkan kemarahannya pada Ahad lalu.

Altimet secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

“Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari ‘kecederaan’.

Luahan Altimet di Twitter.

“Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *